Fulham mempamerkan corak permainan menarik di Liga Kejuaraan musim lepas dan layak ke Liga Perdana secara play-off. Majoriti pasti akan meramalkan Fulham akan bersaing untuk kekal di Liga Perdana dan mengelakkan diri dari tersingkir. Akan tetapi, jika dilihat pada rekod pembelian pemain mereka musim ini, nampaknya lembaga pengarah Fulham bukan saja merancang untuk kekal di Liga Perdana malah mereka dilihat berupaya untuk layak ke Liga Europa musim depan.

Ramai yang terkejut dengan kejayaan Fulham mendapatkan tandangan Jean Michael Seri, seorang pemain dikaitkan dengan kesemua kelab ‘Big 6’ dan turut menjadi sasaran Barcelona pada musim lepas. Perasaan sama juga dirasai apabila Fulham mengumumkan Andre Schurrle sebagai pemain baru mereka secara pinjaman dari Borussia Dortmund. Bagaimana mereka melakukannya masih lagi menjadi tanda tanya. Ditambah pula dengan Maxime Le Merchand, rakan sepasukan Seri di kelab Nice, Aleksandar Mitrovic yang baru saja menjadi pemain tetap (sebelum ini dipinjamkan dari Newcastle United) dan Alfie Mawson dari Swansea City menunjukkan Fulham perlu dipandang serius.


Indahnya bola sepak

Di bawah kelolaan jurulatih dari Serbia, Slavisa Jokanovic, Fulham mengamalkan corak permainan menarik yang dibina berasaskan ‘possession’ dan juga ‘high-pressing’. Ini antara salah satu sebab mereka mampu memujuk Seri untuk bermain dengan mereka pada musim ini. Mereka juga turut digelar ‘the Manchester City of the Championship’ disebabkan corak permainan mirip dengan pasukan “The Citizen’ itu.

The Next Everton dan AC Milan?

Jika dikaji, Fulham tidak membeli pemain baru secara sewenang-wenangnya tetapi mereka membeli pemain yang boleh mengekalkan keseimbangan pasukan dan juga boleh membawa pasukan ke tahap seterusnya. Musim lepas, Tim Ream dan Denis Odoi begitu utuh di barisan pertahanan dan kedua – duanya beraksi lebih dari 40 perlawanan bersama ‘The Cottagers’. Namun, pada usia 30 tahun, mereka tidak dijangka akan konsisten di Liga Perdana yang lebih mencabar. Oleh itu, pembelian Le Merchand dan Mawson adalah kesinambungan dari gandingan mereka dan mereka juga boleh memanfaatkan system penggiliran untuk mengelakkan dari keletihan.

Everton dan AC Milan pada musim lepas adalah salah satu contoh pembelian tanpa fikir panjang sehingga menyebabkan keseimbangan pasukan terjejas dan kesannya, prestasi pasukan akan merudum.

Seri dan Schurrle

Salah satu kekurangan Fulham pada musim lepas adalah seorang yang dikatakan ‘a proper hard tackling midfielder’ dan Seri adalah jawapan kepada permasalahan tersebut. Seri akan menambah kreativiti di bahagian tengah mereka dan akan bergandingan bersama ketua pasukan, Tom Cairney serta pemain antarabangsa Jerman yang pernah memenangi piala Dunia, Andre Schurrle. Di atas kertas, kelihatan seperti satu gandingan mantap. Kehadiran Schurrle secara pinjaman selama 2 tahun adalah satu situasi menang – menang untuk kedua pihak. Schurrle pada usia 27 tahun mahu membina semula karier beliau yang makin suram dan Fulham boleh memanfaatkan pengalaman Schurrle dalam skuad mereka. Di saat artikel ini ditulis, diberitakan Fulham juga turut berjaya meminjam Calum Chambers, seorang pemain pertahanan dari Arsenal.

Jangkaan musim ini

Bedasarkan skuad Fulham sekarang, para pemerhati bola sepak menjangkakan mereka mampu untuk kekal di Liga Perdana dan meramalkan mereka berupaya melakar kejutan di atas pertengahan liga. Mereka juga diramalkan akan menjadi pengacau daun kepada ‘Big 6’ jika terlalu dipandang rendah. Perlawanan pertama Fulham adalah menentang Crystal Palace, satu lagi pasukan yang aktif di musim perpindahan kali ini. Adakah Fulham akan jadi the next Everton dan AC Milan? Atau adakah mereka akan jadi the next Leicester City?

1 comment:

  1. 1xbet korean - Registration | 1xbet - LegalBet
    1xbet korean. Registration. Registration. Registration. Registration. Registration. Registration. febcasino Registration. Registration. Registration. Registration. Registration. Registration. Registration. 1xbet korean Registration. septcasino Registration. Registration.

    ReplyDelete