Liga Pengurus Fantasi Malaysia adalah liga yang julung kalinya diadakan oleh pihak Team Admin FB Kumpulan Pengurus Bola Sepak Fantasi Malaysia. Liga ini akan menghimpun semua Pengurus (Manager) Fantasi Malaysia bagi English Premier League (EPL) 2018/19.

Sedikit Info berkaitan Page FB Kumpulan Pengurus Bola Sepak Fantasi Malaysia. Page ini diwujudkan bagi berkongsi segala maklumat berkaitan kelab, Pemain dan apa sahaja yang melibatkan perlawanan EPL.

Page ini juga akan diberikan TIPS DAN TRICK EKSKLUSIF bagi memberi panduan kepada Manager membuat keputusan di dalam pemilihan pemain dan strategi permainan. Pelbagai RAHSIA dan TEKNIK PERMAINAN EPL FANTASI akan didedahkan melalui page ini. Jangan lupa like dan share page Kumpulan Pengurus Bola Sepak Fantasi Malaysia.

Untuk makluman semua, penyertaan liga ini adalah PERCUMA TANPA DIKENAKAN SEBARAG YURAN PENYERTAAN. Pemenang bagi liga ini akan mendapat Hadiah Eksklusif daripada admin. Pemenang akan ditentukan berdasarkan Markah Keseluruhan bermula perlawanan minggu 1 hingga minggu ke 38.

Pemenang hanya diberikan pada pasukan fantasi yang berada di kedudukan teratas sahaja. Walau bagaimanapun, Team Audit liga akan membuat pemeriksaan dan penilaian kepada Pasukan yang berada dikedudukan teratas tersebut. Pemeriksaan dan penilaian dilakukan bagi memastikan Manager Pasukan Fantasi tidak melanggar Terma dan Syarat yang telah ditetapkan oleh admin.


Kod liga akan diberi di dalam ruangan Terma dan Syarat. Ini bagi memastikan setiap Terma dan Syarat penyertaan difahami oleh semua Manager sebelum memulakan permainan.

Akhir kata selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik dalam pemilihan pemain pilihan anda..

Sekian, Terima kasih.

-Team Admin-



No comments:

Post a Comment